Kontest Blog Paling Kawaii

Selamat Pagi (err, malam ke pagi ni?) Cikgu!

Hari ini saya ingin mencuba nasib dalam pertandingan Blog Paling Kawaii
Sebelum itu maaf kalo ayat skema, sedang mencari semangat untuk ke sekolah ni.

Seperti yang anda semua tahu, blog saya berwarna pink dan peach. dan orang tua tua muda muda kata pink dan peach itu comel a.k.a kawaii dan menarik tertarik kau memang da bomb!
Jadi saya dengan berbesar hati dan berjiwa patriotik ingin mengambil peluang keemasan yang berkelipan laksana bintang-bintang di langit! *sila lihat atas* untuk sertai kontest ini.
ta payah tengok atas, main main je.

Tapi cikgu! Blog saya ta kawaii pon.
Apa? tak menarik mengapa? Persis kata pujangga "Belum Cuba Belum Tahu"
Cikgu, teringat zaman cikgu muda remaja dulu, ibubapa cikgu selalu berkata, " anakanda, jikalau anakanda ingin berjaya, jangan sesekali anakanda takut untuk mencuba . Biarpun anakanda ragu ragu, anakanda harus terus berjuang sehabis boleh seperti kata ibunda bonda waktu perang dengan Jepun dulu dulu "Biar Berputih Tulang , Jangan Berputih Mata!" -minta maaf cerita cikgu belit belit- 
Takde kene mengene pon cikgu!
Oh, minta maaf. Bukan apa, cikgu ni sengaja nak berkongsi cerita dengan kamu semua. maklumlah, cikgu kan dah tue, cikgu kan dah pernah melalui semua tu, jadi cikgu rasa rugi kalau cikgu tak share share ngan kome sume. kome tak rase ke ? kalo
Cikgu?
Oh, Pokoknya ya murid murid yang disayangi sekalian, cuba sahaja setakat yang kita mampu. haha^^ walaupun ta kawaii.. manalah tahu,, ajal maut di tangan tuhan.. maaf, keluar tajuk lagi

Apa - apa pun!
Jikalau anda ingin melibatkan diri anda, jika anda dapat merasakan semangat kesukanan itu, marilah kita sama sama memeriahkan Contest ini!
*sebelum itu saya ingin mengetag kanak kanak riang ini*
  • ieka
  • Oya
  • kak syufaa
  • ɐɥs+ɐɟ
Yang tidak ditag itu, tidak mengapa, janganlah segan segan silakan ke entry contest yang original dengan menekan gambar yang berada di atas sekali. Jangan malu , jangan segan.. sila sila..

-Tamat Sudaaa-
mintak maaf entry harini, sangat skema dan
mengelirukan.

No comments: