WOW ! Sudah berbulan tak update blog . Setiap kali online asyik bukak blog je , but tak pernah update . Kurang ideos . So to make it a new fresh start i've chose today The Very First Day of 2013 . Jom semua kita bersyukur sebab masih lagi benyawa sampai sekarang :) Alhamdulillah . Masih diberi kesempatan olehNya untuk kita bertaubat dan terus melakukan kebaikan di muka bumi ni . InsyaAllah .
So , esok sudah mula persekolahan bagi bebudak dekat semua negeri dalam Malaysia kecuali Kedah dan Perlis yang dah mula sekolah harini .
'' Laaa haii , kesian depa sekolah awai "
" Aku dulu lagu tu jugak , berat betul nak pergi sekolah awal dari member yang lain :) "Maka berakhirlah cuti mereka ini , tetapi saya TIDAK . wuuuuu ~ Sila jealous :p Masih jauh perjalanan kamu . Masih banyak pengalaman yang mematangkan diri perlu dikutip . Teruskan perjuangan ! YEAH ~ Jangan risau , sekolah tu menarik tau . Best sangat . Tapi kita sendiri la kena membestkan setiap detik tu . '' Make everything counts '' bak kata Kak Yaya cousin saya :) Ingat tau , semua benda yang berlaku tu ada kebaikan dan hikmahnya TAPI kita sendiri kena usaha untuk cari apadia hikmah tu . Berdoalah kalau ada masalah . But don't ever forget to be thankful to Allah bila gembira . " Hidup bukan untuk derita " bak kata sahabat saya :)
Yang penting mulakan hari esok dengan pagi yang ceria . Langkah pintu pagor sekolah dengan kaki kanan dan lafaz basmallah . Lepas tu , letak kat dalam kepala " Aku akan mulakan hari pertama persekolahan tahun ini dengan penuh AWESOMENESS ! " Lepas tu jerit sikit . HAHA . Suka hati lah , buat apa apa je yang boleh memberi injection semangat dalam diri . Dan yang paling penting redha lah , atas apa yang bakal berlaku . Pergi sekolah ni , pergi belajar ni mulia tau dalam agama kita . Nak tau sesuatu yang exciting tak ? Dalam perjalanan kita meredah jalan raya nak pergi sekolah , Allah akan membuka pintu Syurga untuk kita , para malaikat serta ikan ikan di lautan berdoa untuk kita . Semua ! Untungkan . Jadi bersyukur lah dapat pergi sekolah . YEAYY ~
WOAH , best kan ? Jadi adik adik , termasuklah adik saya sendiri . Keep cool & enjoy going to school . Kepada yang sedang mengeluh siap buku , iron baju , tulis nama kat buku teks dan etc , NO , shiroyo ~ Stop it . Woot woot , kamu boleh punya . Zaman persekolah ni sekali je tau . So enjoy .Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri China, kerana menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana gembira (suka) dengan apa yang mereka tuntut”. (Riwayat Al Bara)
Itu je kot . Adios semua . Selamat bersekolah ! Tidur awal tau malam ni .
1 comment:
Rindu sekolah :(
Sementara masa masih ada ! TOPUP RM100 UNTUK ANDA !
http://nadyabubble.blogspot.com/2012/12/contest-top-referer-get-rm100-topup.html
Post a Comment