Persoalan itu terjawab dengan tingkah laku anda sendiri :D
Ce try kita sumwa buka mata.. waktu gi SHOPPING ke, MAKAN ke, MINUM ke, JALAN2 ke~ Try la usha sekeliling. Ada tak nampak perkara perkara yang seharusnya TAKK dibuat?
Rite, based on my observation,, berikut menunjukkan ANDA TIDAK PRIHATIN :
- Bercakap dalam handphone dekat STESEN MINYAK.
Okay, saya tahu anda banyakkkkk kerja nak diuruskan. KALAU nak calling2 tu kat tempat lain takpe, aiman tak keshah , tapi kalau kat Stesen Minyak? Terbakar dalam hati.Kat belakang anda tahu tak berderetttt kereta tengah tunggu turn?
Tahukah anda bahawa menghidupkan handphone dekat stesen minyak boleh bawa kemalangan? "kenapa pulokk?" Sebab dekat stesen minyak merupakan tempat PALING SENSITIF dengan gelombang. saya ulang G.E.L.O.M.B.A.N.G . Percaya atau tidak,, moh kite usha video ni :
Sekarang? percaya? Itu sebab kat stesen minyak ada image ni
Perasan tak? Kalau perasan pon sekadar lihat sajaa kan? Kita tak hayati mesej yg cuba disampaikan. itu sebab ANDA TIDAK PRIHATIN.
- Parking kat tempat OKU
Okay, ini common. Selaluuuu sangat nampak kan? Kadang kadang kalau kat Shopping complex tu dekat parking lot for OKU tu FULL gilaa! "pelik jugak eh, ramai pulak oku kat sini?manee mane?" Tiba2 rupanya lelaki gagah atau gadis cun yang keluar dr kereta. Cuba search, mana lahhhh oku nyea?"depa kott?"heee :DD TAPI! anda jangan pandang remeh benda ni.
Tahukah anda tempat letak kereta OKU ni lebih besar dari biasa. Ramai yang handicap atau Orang Kurang Upaya ni menderita nak cari parking lot. Tambahan lagi kalau waktu tu tengah Sale~ Tobat full parking. CE bayang kalau seseorang tu pakai kerusi roda. Dya kena bukakkkk luas luas pintu kereta baru boleh nak keluarkan kerusi roda dya. Dahla kena angkat badan sendiri nak naik kerusi roda. SUSAH tau tak susah? Tak pon kalau dya bertongkat sajaa. Camna nak keluar kereta kalau parking kat tempat biasa haa? Pintu memang kena bukak luas luas. Tak kesian ke?
Tahukah anda tempat letak kereta OKU ni selalunya dekat dengan pintu masuk bangunan?! Tahulah nak cepat tapi, jangan cop tempat mereka ni. Kelebihannya di sini, memudahkan para OKU untuk masuk bangunan, Ce bayang lagi, kalau depa terpaksa parking jaohh jaohh, nnti kesian tangan mereka nak tolak roda tu sampaiii bangunan. Itu pun KALAU SEMPAT. Bahayanya mereka kena lalui jalan yang kereta lalu lalang. Fuhh~ mintak nyawa..Jadi laen kali waktu nak keluar kereta tu kita check dulu kot kot tetiba rasa macam besaa jea tempat parking kereta ni, SAH sah lah kita parking kat tempat yang salah. Then, jangan buat dek pulak ye? Jom la kita bergegas cari tempat laen. Anda boleh!
- Pecut waktu lampu kuning
NAH! ni lagiiiii common kan kan? cepatt cepaat mengaku sapa yang tak pernah pecut waktu traffic light kuning? Boleh kira dengan jari sape yang tak mengaku tu. (itu tak terkira kalu dya prasan ke tak.) Tahukah anda setiap kali anda langgar lampu kuning probability untuk perlanggaran pasti ada. Seperti yang berlaku kat family aq baru baru ni. Waktu tu nak sambut anniversary mereka, berlaku dekat simpang. Waktu tu lampu hijau baru je menyala, so abah pon continue driving lah TIBA TIBA ada kereta dari arah belah kanan PECUT habis! mabokk kot! ALMOSTTT saja nak accident, naseb pandangan abah sharp. Kalau aq, lama dah wallahua'lam. So, that is why i say , setiap kali anda bajet hebat nak langgar lampu kuning or worst merah, pasti ada probability untuk accident. Kita perasan tak menda ni? "perasan lame dahh" ye ye.. tapi bila nak praktikkan berhenti seketika waktu lampu kuning? SEKETIKA saja, tak sampaiii 5 saat. bukannya boleh kena makan dengan gergasi pon kalau berhenti. kan kan? KITA BOLEH!
boleh jadi ke?
So guys, jom la berubah. Jadi lebih prihatin dari dulu. Kita sebenarnya boleh, tapi minda kita jea malas nak bertugas. Kita sendiri kena rasa bersalah~ kalau tak bila lagi nak jadi berprikemanusiaan? Dunia ni pinjaman saja. Sat lagii, atau beberapa minit lagi, atau jam atau hari atau minggu atau bulan lagi mungkin nyawa kita akan diambil. dah prepare ke? Kalu benda kacang pon x bleh nak buat. camne tu? HE HE ~ Jom kita berubah?
Ps: Minta ampun kalau terasa hati. Semua di atas adalah sekadar renungan kita bersama. Semuanya pernah saya lakukan dan telah saya sedar kesalahannya. Anda?
No comments:
Post a Comment