12 Fakta menarik tentang Islam

Assalamualaikum w.b.t

Jadi , harini Su nak share dengan semua pembaca blog Su atau yg sekadar datang suka suka tentang 12 Fakta Menarik tentang Islam. Kalau sebelum ni Su ada buat 26 Fakta Menarik tentang Manusia
dan sekali lagi Su tegas kan, ini original dari Su cuma fakta kali ini Su dapat dari sini .

Sebagai seorang muslim kan, yang sejak dilahirkan Allah dah kurniakan nikmat yang CUKUP besar yakni beragama ISLAM. Sepatutnya kita bersyukur kan? Sebab Allah dah tunjukkan yang Allah SWT sayang kita suma sejak kita masih dari alam roh lagi. Macam mana nak hargai suma tu?
Amar Makruf Nahi Mungkar
Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Tahukah anda di neraka nanti penghuni wanita lebih ramai dari lelaki. Kenapa? Meh nak bagi bukti :
  • Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
  • Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)
  • Sabda Rasulullah s.a.w : Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
  • Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
    “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
  • Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
Na'uzubillahiminzalik.
Su x nafikan yg Su pon banyak kurangnya. Lagi2 bab tutup aurat. Su tahu kaki tu aurat. Kadang2 tu buat tak endah je especially waktu nak pi pasar. "Pasar dekat je, malaslah". Ya Allah! Bisikan Syaitan. Teruk! Suatu hari, Su tekad untuk pakai stokin setiap kali keluar rumah. My Aurat, My Pride. Su try untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik! Doakan Su yea.

Jom kita intai keindahan Islam!














"kenapa tiba2 je buat post islamic ni?"
"Pasal, kan Allah dah bagi tahu siap siap dah, yang kita suma ni termasuk kau merupakan khalifah di muka bumi ni. Enjoy blogging enjoy gak, tapi jangan lupa ingatkan orang lain. At least ada orang baca. Kira dakwah la kan? Lagi pun, kan Rasulullah SAW pernah bersabda " sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat" So, lagi kita enjoy lagi kita kena ingat pesan Rasul . Jom!"

2 comments:

azu said...

penduduk syurga paling sedikit ialah wanita?isy isy..takut kan..huuu

Sufina said...

hm, tulah. takut kan? semoga kita tergolong dalam yang sedikit itu. amin...