Alhamdulillah . Harini dah masuk hari ke - 9 Su masuk kelas menjahit . Sebelum tu , nah gambar gambar sikit . HEHE :D
Mesin jahit ni dah jadi tetap dengan saya sepanjang belajar kat situ . I like you ! |
First day , sangat lah disaster . Maklumlah , tak pernah cuba menjahit pon . HAHA :D The first two days , belajar jahit jahit atas kain perca je . First time try , senget benget ! Macam peta negara versi baru pon ada jugak . HAHA ~ Risau dengan mesin tu . Laju sangat . Mesin kilang . Memang laju sikit dari mesin biasa . Ibu yang kata . HEHE :D Tapi betullah , try dekat rumah tekan pedal kuat mana pun tak laju mana , Kat kelas , nahas kau tekan pedal kuat kuat . Macam naik kereta kot . Kena control tekan pedal . Thanks to kelas menjahit . First time bawak kereta tak mati enjin . WEEE ~ Kalau tak aku rasa mesti jadi kereta F1 . FIUNGG ~ terbangggg !
Dalam dua hari tu jugak belajar banyak sangat benda menarik tentang menjahit . BANYAK tak terkira . Membuatkan aku jatuh cinta pada menjahit . Dan benda paling penting yang pak cik nak aku belajar ialah erti kesabaran . Pak cik kata dia belajar menjadi penyabar daripada menjahit . Kalau sebelum ni pak cik tu kata dia derek baran ja , tapi bila mula menjahit . Kesabaran dah jadi sebati dengan diri dia . Harap kesabaran tu nanti datang kat aku jugak . HAHA :D
Lepas tu belajar jahit tepi . Once again ! I thought it was easy . But no no no . Ni lagi satu mesin yang suka pecut laju laju .
Yang ni jari jemari halus rakan seperjuangan saya , Mastura . |
Lepas tu kan Pak cik nak kami mahir jahit tepi so Pak cik suruh kami jahitttttttt , potonggggggggg , jahitttttttttt dan potonggggg ..... sampai kami mahir sampai banyak cenggini
Alhamdulillah :D |
Kemudian hari ketiga baru belajar buat baju kurung . Ye Ye ~ Lagi sekali , i thought it was just a piece of cake . But . Pengiraan dia , teknik special yang pakcik bagi dan suruh hafal , potong kena macam ni macam tu , tarik kain , kibas kain , tanda , kira tanda kira
SU ! 12 hun berapa inci !1 inci suku pak cik !
Salah ! 1 inci setengah !HEHE :)
Renyah jugak . Tapi apa apa pon I truly enjoy doing all that . lalala ~
Senjata Tukang Jahit ~ |
Cubaan 1 2 3 |
Now ?
Baju dah siap , kain otw . Lama kan ? ha'ah . Rasanya teknik yang paling aku master ialah ''tetas kain'' . HAHA :D and i do refashion my old cloth and dress . Nanti upload kemudian ek ? Wait for it ! From trash to couture ~
Take care guys !
No comments:
Post a Comment