My First Mock Interview ?

Assalamualaikum!

Post kali ni aq nak kongsi sal peristiwa MOCK INTERVIEW yg telah dialami oleh kami sume sume murid di I-Kups nieyh .

Mock interview ni bermula pada 26 / 6/ 2011 hingga 27/6/2011 . Okay. Su dapat hari kedua yakni 27 hb tu la~ waktu tgok kawan2 sume segak segak pakai baju kurung aq rasa gementar tahap cipan:face16: ! Yela,, at least tgok derang sat gi dah settle dah mock interview. Aku? kena tunggu esok. Bayangkan macam mana aq nak harungi hari tu? Punyalah aq study pulun habis! Sume data tentang course and negara yg aq plih tu sombat dalam otak yg serba kecil ni :face60: Ada gak problem yg kawan aq hadapi. Patutnya derang di interview esoknya but ada perubahan kene buat 26 hb ni. Punyala kalut,, Wafa yg dah ade kat kelas patah balik naik aspuri nak tukar attire. Terkejut beruk dia. Sian~ Tapi naseb baek Shy dah prepare awal2. Sentiasa advance mok cik mohabbatein ni.:face61:

Tibalah hari yang sangat menggemparkan! hari aku di MOCK INTERVIEW! Pagi tu aq pkai baju kurung moden warna hitam tp ada tompok besar bunga warna biru depan blakang. Aq pakai tudung warna biru gak. So kegelapan tu ditutupi lah~

Tips : Jangan pakai baju yang berwarna gelap sangat. Especially untuk perempuan, tak mo pakai tudung warna hitam langsung! nnti hilang seri~ And jangan pakai baju yang berwarna garang like Orange or Merah. Berdasarkan pengalaman seorang kawan, Interview tu komen yang kalau warna garang ni dipakai waktu pagi takpa lagi. Tapi kalau kene waktu tengahari NAHAS KO . dengan panas lagi penat lagi lepas tu tgok warna yg garang lagi, mana tak tension interviewer tu kan? So elakkan tudung hitam dan baju warna garang.
Dan yang boost up my spirit ni bila adek dorm aku IKA, bagi brooch ribbon blue yg padan ngan aq~ hehe, rasa beruntung dpat adek dorm cam gini. Semangat aq nak pi interview ni bila depa kata baju aq errr chantek? hihi ^-^ CONFIDENCE IS IMPORTANT .

Tips : Kalau nmpak someone yg nak pi interview puji dia! kata yag dia nampak segak lawa lawa. So that dia akan ada spirit and confidence dalam diri. Nanti tak la teragak agak untuk jalan macam Manager.
Jadi aq melangkah ke kelas dengan semangat nya dan kegerunannya:face22:.. Aq kena interview kat bilik PIBG. orang kata kalau nak pi interview kalau boleh datang 1 jam lebih awal! kankan? so aq and the geng (Najla, Haziq, Adzly, Nur, Iwan) dok cangak la depan bilik PIBG . Kali ni vice versa, bukan orang yang nak kena interview datang lmbat tapi interviewer datang lewat setengah jam. HOHO . At least dpt baca buku lebih kan? and Thanks to ADZLY sbb share soalan killer kat aq. hehe ^-^ Jasamu dikenang~ Senior yang akan interview kami ialah abang MUKHLIS. dia ni datang awal gak ar, so the boys amek kesempatan dok sembang2 ngan dya. Aq pon pasangla telinga. BAHAHAHHA~

Sharp 8.30a.m kitorang dipanggil masuk ke dalam bilik PIBG. Bermulalah sesi lakonan err temuduga! First skali ada group discussion. Tajuk : Education guarantees better future .Senyap tahap waktu tu! First Adzly start dulu. And then aq masuk. Lepas tu Adzly support isi aq and then aq bg lagi contoh. Waktu tu mcm group tu kitorang berdua aje. Beberapa minit senyap baru Haziq masok. Lepas tu Nur blink blink .Then Iwan followed by Najla. senyap balik then, Adzly wat conclusion. INTERVIEWER tak mintak stop lagi! Aq sombat la hujah yang tak masok akal~ haha.. Lepas tu habislah kot. Boring gak ar:face4:

Tips : Dalam group discussion ni actually masa untuk kita 'jual diri' kita. Tunjukkan kita ni ada bakat kepimpinan , semangat bekerjasama. PErlu outspoken! And bila jadi cam situasi aku kat atas tadi, kamu supposedly guide kawan kamu untuk bercakap. Bagila point or question so that dya bercakap. Aq tak buat camtu bukan sebab aq selfish but aq tak tahu yang benda tu boleh dan harus dilakukan. hehe . So amek iktibar. Jot down!
Sesi kedua pulak. Kali ni interview secara individual. First yang kena Interview HAZIQ~ dia amek course Mechatronic Engineering same dgan aq. So kebanyakan soalan ditujukan kat dya. Bila mai tang aq, sikit jea. HAHA. Soalan yang haziq kena :
  1. Apakah Mechatronic engineering ni?
  2. Awak tahu tak tentang E-Waste?
  3. Macam mana nnti awak nak bina machine or products yang tidak akan harm dunia ni.
Suma soalan tu ditanya dalam BI. Aq sengaja rojakkan (kurengg). Tak ingat la apa yg interviewer tu tanya Haziq but most of it KILLER question.:face33:
Lepas tu Nur or iwan? Tapi both kena provoke habis. Nur kena provoke sebab dia salah pilih course. Iwan pulak sebab dia tak lekat gambar kat resume.

Tips : Kamu mesti mahir dalam course yang nak diambil. And mesti spesifik . Dan jangan tersalah bagi fakta . Lepas tu kalau kene provoke. Bangkang balik bagitau yang kita ni berwawasan, dan tidak mudah mengalah. Show off skit walau tu bukan diri kita.
Lepas tu mai tang ADZLY! Tuuuudya~ conferm lepas mamat nie. Dya memang jawab balik bila kena provoke. And interviewer suroh dya bersajak sebab dya tulis kat resume yg dya boleh bersajak. PASCAMERDEKA! tajuk sajak tu. Hebat kot. semangat gila~ and lastly ada soalan yg pelik haha "do you think you are AWESOME?"

Lepas tu Najla Aufa pulak~ Ksian sungguh kat dya. Sume soalan yg ditanya sal isu semasa~ serius fade up kalau aq jadik dya plus kalau isu semasa tu aq tak tau satu haprak~ Dia tanya Najla tentang Perhimpunan bersih yg sdg hangat skarang ni. So Najla yang tak tahu apa ni jawab la ikut keadaan. Lepas tu terus dya kena provoke "saya rasa awak ni takda pendirianla" Terus Najla terdiam. Terkejut -- terkesima! Yea, kalau aq pon sedih bila org ckp cmtu. Sebab takda jawapan dari Najla, abg Mukhlis tanya pulak sal isu rokok dan cara bagaimana nak hentikan gejala rokok ni. Najla yg still terasa ni, tak dpt jawab. senyap jea~Blank kot? Kesian gila. Kesian bila 2 soalan tu jea! Langsung tiada tanya sal course yg dia amek. Terus interview aq. Mana tak fade up kan?

Tips : Bila kena provoke lagi, kamu cakap saja~ jawapan mesti bernas! Jangan bagi jawapan yg boleh menimbulkan persoalan. Jangan bagi peluang pada interview untuk cari kelemahan kamu. Interviewer ni macam predator la. Kamu kena pertahankan diri kamu. Guna kan segala kuasa yang ada yakni fakta yang ada untuk lawan predator tu! hiyyyah!:face44:
okaynow, giliran aq. Aq pilih course Mechatronic Engineering in Korea. university yg aq pilih is Korea Advance Institute of Science and Technology (KAIST) . Soalan first dya tanya "Mengapa pilih Korea?" NASIB BAIK adzly ada bagi soalan ni kat aq sebelum ni. So, aq dah study la. Soalan Kedua "Do you want to go to Korea because of the KOREAN WAVE?" . Macam tau tau ja? Ni aku jawab ja~ Tapi bukan sebab KPOP.Lepas tu dia provoke lagi " Recently i have watched a reality show called Chit Chat with Beautiful ladies, and there is a representative from Malaysia, and i found out that she is not showing what Malaysia have like the way she dress. If you are invited to that program, how would you wear?" blablabla aq jawab. Dia provoke lagi "What if the manager doesnt consent you to wear baju kurung? would you still accept the offer?" Aq bahas la balik.. hehe Tak habis lagi! dia provoke lagi " You just reject the offer? Its once in a lifetime! Don't you want to be famous for awhile? Suddenly if there is a Handsome Korean guy want to be your boyfriend?" Aq snyum macam nak terobek pipi ni! haha Tapi aq jawab la "i dont need popularity anyway. And men are everywhere. There are lots of handsome guy here" aq point dekat bebudak lelaki sebelah aq dan mereka suma ketawa... HOHO. Ade lagi soalan ni " How are you going to tell your korean friends about Malaysia?" lepas aq jawab , aq kena provoke lagi " how are you going to find time when you are busy with your mechatronic?" aq bedai jaaa~ At least dapat jawab suma..kankankan? yang penting CONFIDENCE!

Berakhirlah sesi mock interview! Ada soalan?

2 comments:

arifah said...

Kalau cakap bi x fasih gena ???

tatut said...

Click This Link Ysl replica more info here good quality replica bags site replica bags china